• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Kerajaan Disaran Tambah Bantuan Berbentuk Geran Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 5 Oktober – Kerajaan Persekutuan disaran menambah bantuan berbentuk geran kepada daripada kalangan miskin tegar.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir melalui ucapannya dalam sesi Perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) berkata, langkah itu perlu bagi membantu usahawan bumiputera B40.

“Saya mencadangkan agar lebih banyak bantuan dalam bentuk geran diberikan kepada mereka berbanding dalam bentuk pembiayaan ataupun pinjaman. 

“Hal ini kerana sebahagian besar daripada mereka tidak mahu memohon pinjaman kerana dibimbangi tidak mampu membayar pinjaman yang ditawarkan," katanya hari ini.

Selain itu juga, beliau juga turut mencadangkan agar kerajaan menyediakan pelan perlindungan hari tua yang turut merangkumi golongan tidak bekerja seperti suri rumah mahupun mereka daripada kalangan pekerja tidak formal serta mereka yang kekurangan caruman akibat pandemik COVID-19. 

“Saya juga ingin menekan kepada persediaan negara menghadapi negara tua 2050. Saya mencadangkan agar kerajaan turut menyediakan Skim Pencen Insuran Sosial sebagai satu jaminan asas kepada golongan miskin tegar untuk hari tua. 

“Skim ini turut merangkumi individu seperti suri rumah, penganggur dan mereka yang bekerja secara tidak formal dan tidak standard," jelasnya.


Tag: