• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Kerajaan Hantar 19,000 Dos Vaksin Penyakit Anjing Gila Ke Sarawak


Ahmad Shabery meninjau keadaan kilang milik PRM Food and Marketing Sdn Bhd (PRM Food). Foto Tengku Syamim Tengku Ismail  

Kerajaan Pusat melalui  Jabatan Perkhidmatan Veterinar  menghantar kira-kira  19,000 dos vaksin penyakit anjing gila atau rabies ke Sarawak termasuk 6,000 dos vaksin itu pada hari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek  berkata,  langkah itu sebagai  usaha untuk mengekang penularan penyakit yang setakat 18 Julai lalu telah mengorbankan empat nyawa dan seorang lagi dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan lanjut.


Katanya, penghantaran 13,000 dos vaksin dengan tambahan 6,000 lagi pada hari ini meliputi keseluruhan kawasan di bawah pengawasan termasuk di Serian, yang turut dikesan menular penyakit itu.

"Bagi saya, saya sendiri secara peribadi tidak boleh menerima hakikat kalau di zaman moden ini ada manusia meninggal kerana penyakit rabies. Rabies ini adalah penyakit  yang terlalu lama iaitu sewaktu perang dunia ketiga.

"Kalau tak terkawal kerana sistem pengawalannya tidak sempurna dan ini amat menakutkan apabila beberapa orang sudah meninggal kerana masalah sebegini,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Perasmian Kilang Padi milik PRM Food and Marketing Sdn Bhd (PRM Food) Bukit Kor, Marang, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang

Sehubungan itu, katanya, pihaknya juga mengerahkan semua agensi terbabit untuk melihat perkembangan itu sebagai satu tindakan pencegahan yang perlu diselesaikan dengan segera.

Tag: