• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Kerajaan Komited Bantu Perumahan Gong Cempedak Yang Terbengkalai

HULU TERENGGANU, 13 Disember – Kerajaan negeri menyatakan komitmen bagi membantu nasib pembeli projek perumahan Kampung Gong Cempedak, Marang yang terbengkalai sejak lebih 10 tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dato' Dr Alias Razak berkata demikian selepas menyempurnakan penyerahan kunci kepada pembeli Rumah Mampu Milik (RMM) Padang Setengge semalam. 

“Projek Perumahan Gong Cempedak juga projek swasta spenuhnya yang tiada kaitan dengan kerajan seperti RMM Padang Setengge Fasa Tiga dan Empat ini.

“Projek ini tiada kena mengena dengan kerajaan negeri semasa, tetapi menjadi tanggungjawab bahawa rakyat mesti didahulukan dan dibantu.

“Hakikatnya perkara yang memberi manfaat kepada rakyat kita akan utamakan. Rakyat Terengganu memang memerlukan temoat tinggal,” katanya. 

Projek Perumahan Kampung Gong Cempedak fasa 3, Marang melibatkan sebanyak 212 unit terbengkalai apabila pembinaan yang dilupuskan kepada pihak swasta pada tahun 2006 tidak disiapkan pihak pemaju.

Terdahulu, sebanyak 234 unit rumah Projek Rumah Mampu Milik (RMM) Padang Setengge Fasa 3 dan 4 yang terbengkalai sekitar 12 tahun telah siap dan penyerahan kunci rumah kepada pemilik sedang berlaku. 

Turut hadir ke Majlis Penyerahan Kunci, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Rozali Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi hijau negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh dan ADUN Ajil, Maliaman Kassim.

 


Tag: