• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Kerajaan Negeri Beri Geran 'One Off' RM4.2 Juta Kepada JPKK

KUALA TERENGGANU, 23 September - Kerajaan negeri bersetuju menyalurkan bantuan secara geran 'One Off' sebanyak RM4,000 kepada 1,050 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM4.2 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, dana berkenaan membolehkan JPKK merancang program yang mendatangkan kebaikan kepada seluruh rakyat di negeri ini dalam berhadapan situasi sukar akibat pandemik Covid-19.

"Bantuan ini bolehlah dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti kebajikan serta memenuhi keperluan setempat di kampung masing-masing, kerajaan juga merakamkan ucapan penghargaan dan berterima kasih di atas khidmat bakti yang luar biasa daripada semua anggota JPKK dalam menyantuni pelbagai lapisan rakyat.

"Dalam menghadapi situasi pada waktu ini. Semoga Allah mengurniakan ganjaran sebaiknya atas segala jasa dan bakti," ujarnya melalui suatu kenyataan media, semalam.


Tag: