• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Kerajaan Negeri Harap Terengganu Inc Terus Berkembang, Tingkat Ekonomi Negeri

Kerajaan negeri mengharapkan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) terus berkembang dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi sekaligus akan memberi banyak manfaat kepada rakyat dan negeri ini.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, syarikat pegangan pelaburan kerajaan negeri itu telah banyak menyumbang terhadap pembangunan negeri dalam pelbagai sektor walaupun berdepan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Alhamdulillah, selama ini Terengganu Inc banyak bantu rakyat. Diharapkan Terengganu Inc terus berjuang bagi memastikan bahawa apa yang kita belanjakan untuk pelaburan, akan pulang balik kepada rakyat.

“GLC (syarikat berkaitan kerajaan) yang kita bina oleh kepimpinan terdahulu, adalah untuk kita hasilkan keuntungan bagi dipulangkan balik kepada rakyat.

"Malah, pada bulan puasa lalu, Terengganu Inc banyak memberi bantuan barangan keperluan asas kepada orang miskin,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Jalinan Mesra Terengganu Inc di Chendering, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.

Dalam pada itu, Ahmad Razif turut meminta kakitangan Terengganu Inc bersama dengan pengurusan bekerjasama demi rakyat dan negeri Terengganu.  

“Dan paling penting, semua kakitangan Terengganu Inc mesti bersama dengan pengurusan, bersama saya (kepimpinan), kerana apa yang kita ingin lakukan adalah demi untuk rakyat Terengganu dan negeri Terengganu,” katanya.


Tag: