• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

Kerajaan Negeri Tambah Baik Perkhidmatan Bot Penambang

Bot penambang Jeti Seberang Takir.
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri berhasrat meningkatkan mutu perkhidmatan bot penambang yang menjalankan operasi ulang alik di antara jeti Pasar Payang dan jeti Seberang Takir.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, bot penambang memiliki nilai sentimental tersendiri kepada rakyat Terengganu.

Ariffin Deraman.

"Nilai ini juga menjadi suatu tarikan kepada pelancong yang datang ke negeri. Oleh itu, kerajaan akan menilai keperluan- keperluan bagi menambah baik operasi pengusaha- pengusaha bot ini," katanya ketika ditemui dalam Program Perarakan Jalur Gemilang Bot Penambang Seberang Takir, baru- baru ini.

Perarakan itu diadakan sempena meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 melibatkan 10 buah bot penambang.

Perarakan itu turut menyusuri tempat tarikan pelancong seperti Taman Tamadun Islam, Pasar Payang, Masjid Kristal dan Pulau Duyong.

Seramai 110 peserta terdiri daripada penduduk tempatan, pelancong, aktivis dan pelajar menyertai perarakan tersebut.




Tag: