• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Kerajaan Peruntuk RM5 Bilion Bangunkan Sekolah, Institusi Pendidikan Seluruh Negara

KUALA NERUS, 4 Jun -Sebanyak RM5.034 bilion diperuntukan bagi projek pembangunan sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Malaysia bawah Rolling Plan Ke-2 (RMKe-12) Tahun 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini adalah kerana kerajaan amat menyedari betapa pentingnya pendidikan kepada masa depan keluarga Malaysia.

Katanya, di Terengganu, terdapat 79 projek baharu dan sambungan bagi pembangunan sekolah serta institusi pendidikan dengan kos keseluruhan RM914.79 juta.

"Daripada jumlah ini, sebanyak 42 projek telah siap sepenuhnya, 18 projek di peringkat pelaksanaan atau
pembinaan dan 19 projek berstatus pra bina.

"Sebanyak 26 projek telah diluluskan dalam tempoh 2017-2022 dengan kos sebanyak RM60.93 juta bagi projek menaik taraf dan membangun semula sekolah yang mempunyai bangunan daif," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup JAKM di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia, Skim Insurans Keluarga Malaysia dan Bantuan Persediaan Yayasan Terengganu kepada penerima-penerima terpilih.

Sementara itu, sebanyak 21 projek telah siap manakala baki sebanyak lima projek dalam peringkat pra bina di Terengganu.