• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Kerajaan Rai 506 Pelajar Cemerlang Akademik

KUALA TERENGGANU, 3 Mac – Seramai 506 pelajar cemerlang Terengganu diraikan dalam Majis Anugerah Pingat Emas dan Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM & STAM Tahun 2020 Yayasan Terengganu Kali ke-41 di Taman Tamadun Islam, hari ini.

Menteri Besar, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan penghargaan kepada semua pelajar yang memperoleh pencapaian cemerlang hingga mengekalkan Terengganu antara negeri terbaik bagi kejayaan akademik. 

“Agenda pendidikan negeri menjadi salah satu usaha penting dengan hasrat melahirkan modal insan yang seimbang berteraskan aspek Islam.

“Dengan keseimbangan ini, maka pembangunan masyarakat yang intelek dan berdaya saing mampu dicapai seiring Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS2030),” tambah beliau dalam ucapan perasmian.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat dan Pengarah Yayasan Terengganu, Dato’ Mohd Azmi Mohamad Daham.

Sejak 1980, seramai 17,547 pelajar yang mencapai keputusan cemerlang diraikan dengan perbelanjaan sejumlah RM4,844,000.00 daripada kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu.

Pelajar cemerlang menerima insentif berbentuk wang tunai, komputer riba serta sijil penghargaan.

 


Tag: