• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Kerajaan Salur RM50 Ribu Bantu Kedah

KUALA TERENGGANU, 7 Julai – Kerajaan negeri hari ini mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM50,000 kepada kerajaan Kedah bagi menghadapi proses pemulihan banjir yang berlaku di sana.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri mokhtar berkata, peruntukan tersebut menjadi bukti solidariti Negeri Terengganu bersama Kedah menghadapi bencana.

“Kerajaan Negeri Terengganu turut berdukacita dengan situasi banjir yang berlaku di Baling, Kedah yang menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa beberapa hari lalu. 

“Sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan, Kerajaan Negeri dengan rendah hati menghulurkan sumbangan sebanyak RM50 ribu kepada Negeri Kedah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menyatakan komitmen kerajaan negeri dalam menghulurkan bantuan melalui sukarelawan bagi proses pembersihan.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan menghantar skuad sukarelawan untuk bantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir di sana.

"Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga mangsa, semoga mereka yang telah pergi menghadap Ilahi ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” ujarnya lagi.

Terdahulu, kita dikejutkan dengan bencana kepala air di Baling, Kedah hingga mengorbankan nyawa serta kerosakan harta benda.


Tag: