• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Kerisauan Penduduk Adalah Kerisauan Hazri

KEMAMAN, 17 Mac - Kerisauan komuniti setempat terutama tuan rumah akibat tanah yang runtuh turut merisaukan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh selaku wakil kerajaan di Kijal.

Tanah runtuh akibat hakisan air.

Usaha menyelesaikan masalah tersebut akan dilakukan dengan membuat penilaian terlebih dahulu sebelum menjalankan kerja membaikpulih dalam masa yang terdekat dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

"Insya-Allah kita akan usahakan supaya perparitan ini dibaiki secepat mungkin dengan membina dinding penahan 'gabion' yang baharu mengikut pandangan teknikal daripada pihak JPS.

"Ia melibatkan sebuah rumah penduduk di sini di mana tanah yang runtuh semakin menghampiri belakang rumahnya," katanya.

Hazri bersama pegawai dari JPS Kemaman semalam meninjau tahap kerosakan struktur tembok penahan tanah 'gabion' yang runtuh akibat daripada hakisan banjir tempoh hari di Kampung Darat, Kijal.

Hazri (kiri) bersama pegawai JPS meninjau tahap kerosakan 'gabion'.

Terdahulu, aduan kejadian ini telah dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Darat Kijal, Zabidin Awang kepada Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Kijal untuk diambil tindakan sewajarnya.


Tag: