• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Kerja ‘Airlift’ Giat Berjalan, Cepatkan Pembaikan Paip Pecah

KUALA TERENGGANU, 29 Ogos - Syarikat Air Terengganu (SATU) melalui kontraktor dan penyelam berpengalaman sedang giat melaksanakan kerja-kerja ‘airlift’ sejak beberapa hari lalu bagi mempercepatkan proses pembaikan.

SATU dalam kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan, proses itu menggunakan peralatan khas secara bergilir-gilir di kawasan jajaran paip pecah. 

“Kerja-kerja ‘airlift’ merupakan proses yang dilakukan di dasar sungai untuk tujuan membuang pasir di tempat yang akan dibuat sambungan paip yang baru.

“Proses ini dilakukan bagi meminimakan masa kerja dan mempercepatkan proses pembaikian paip,” jelas kenyataan itu.
Dalam pada itu, SATU berkata, kerja-kerja mobilisasi tongkang dan bot berserta kelengkapan masih belum dimulakan di lokasi pembaikian. 

“Namun begitu, kerja-kerja fabrikasi bahan dan peralatan telah pun bermula di kilang. 

“Peralatan yang siap ini kemudiaannya akan dimobilasikan ke lapangan bagi proses seterusnya,” ujar SATU.


Tag: