• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Kerja Baik Pulih Kerosakan 'Major' Paip Giat Berjalan

KUALA TERENGGANU, 4 Ogos - Syarikat Air Terengganu (SATU) sedang giat melaksanakan kerja-kerja membaik pulih kerosakan 'major' di tangki utama Berangan di sini. 

Menurut SATU, proses pembaikian dijangka mengambil masa selama empat hari sebelum masalah tersebut dapat diatasi dengan baik.

"Sehingga kini, sebanyak 12 buah tangki statik telah beroperasi di kawasan-kawasan terjejas. 

"Sebanyak 24 tangki statik tambahan akan disediakan dalam kadar segera. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 36 buah," ujar SATU.

Jelas SATU, dalam usaha membantu rakyat yang terjejas, pihaknya menerima pelbagai bantuan daripada pihak Bomba, Jabatan Amal dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Dalam pada itu, SATU memaklumkan tangki statik di kawasan-kawasan terjejas telah ditempatkan di Surau Kampung (Kg) Pak Tijah, Jalan Tok Jembal, Masjid Buluh Gading, perumahan Gong Badak 3 (Medan Selera) dan Surau Al-Amin, Gong Badak (Hadapan Tunas Manja).

"Selain itu, tangki juga diletakkan di Masjid Nur Bakti, Wakaf Tembesu, Surau Kg Sepetir Rendang, Tok Jembal, Lot Perpindahan Kg Jeram/Banggol Binjai Masjid Kg Banggol Tuan Muda, Masjid Padang Nenas, Masjid Mengabang Telipot, Surau Al-Bukhari Taman Desa Tanjung Damai dan Kg Lerek Tepoh," tambah SATU.


Tag: