• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Kerja Keras MPKK Untuk Kekalkan Kemenangan

DUNGUN, 23 September- Kerja keras Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di dalam melaksanakan polisi kerajaan dan membantu rakyat adalah untuk mengekalkan kemenangan kerajaan yang ada pada hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun memuji komitmen yang ditunjukkan di kawasan tersebut.

"Sememangnya banyak suka duka, fitnah yang terpaksa dilalui ketika berhadapan masyarakat kampung, inilah ujian kemenangan, di bahu kitalah untuk kekalkan kemenangan ini, kenapa kita hendak kekalkan... kerana kita nak Islam memerintah," tegasnya sebagai memotivasikan MPKK yang hadir.

Alias berkata demikian ketika berucap di Majlis Taklimat Profil Rakyat Terengganu (PRT20) di Dewan Perpustakaan Awam Dungun di sini baru-baru ini. 

Taklimat anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Rantau Abang itu bertujuan memberi panduan cara berkomunikasi dengan penduduk kampung dan juga kaedah yang betul mengisi borang PRT20. 

Alias berharap taklimat tersebut dapat membantu petugas-petugas yang dilantik oleh MPKK masing-masing untuk menjalankan tugas sebaiknya. 

"PRT20 ini penting untuk kerajaan mengenal pasti mereka yang berhak mendapat bantuan dan kita tidak mahu ada yang layak tetapi mereka tercicir daripada senarai," katanya lagi yang turut menyampaikan kelengkapan PRT20 kepada setiap MPKK.


Tag: