• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Kerjasama Agensi Bukti Kesiapsiagaan Tangani Bencana Musim Tengkujuh

MARANG, 6 Disember - Kesiapsiagaan semua pihak melibatkan diri dan berkerjasama dalam membantu menangani bencana yang menimpa masyarakat wajar dipuji.

Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, ini dapat dilihat dalam khidmat membantu mengalihkan pohon yang menimpa sebuah rumah sehingga menghalang laluan di Kampung Bukit Kemas.

"Semua sama-sama turun selepas mendapat maklumat dan menerima aduan pada jam empat petang tadi, di mana masalah tersebut selesai pada jam 9.00 malam.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada semua jabatan yang datang membantu terutamanya Anggota Pertahanan Awam yang paling awal sampai.

"Di samping itu, kami juga telah hubungi pihak Majlis Daerah Marang, Jabatan Kerja Raya Marang, Tenaga Nasional Berhad dan Telekom Malaysia.

Menurutnya lagi, pihaknya sangat teruja atas sikap kebersamaan dan kerjasama ini dalam menangani bencana terutamanya ketika musim tengkujuh serta melibatkan orang awam.

"Terima kasih juga kepada pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Kemas yang menyampaikan maklumat dan bersama dari awal sehingga akhir.

Katanya, ini membuktikan kesiapsiagaan semua pasukan dan agensi dalam menghadapi bencana seperti ini.

"InsyaAllah, bantuan baik pulih akan disalurkan melalui Tabung Darul Iman setelah dinilai oleh Jurutera Pejabat Daerah untuk kos baik pulih.

Orang ramai yang terlibat dalam bencana boleh membuat aduan kepada JPKK, Anggota keselamatan, PKM masing-masing, tambahnya lagi.

 


Tag: