• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Kerjasama Antara Pegawai Kunci Kejayaan Negeri

KUALA TERENGGANU, 23 Mei - Semangat kerjasama dan juga saling tanggungjawab dalam kalangan pegawai tadbir menjadi kunci utama kejayaan negeri Terengganu. 

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pegawai tadbir merupakan satu keluarga yang bekerja untuk membangunkan negeri Terengganu.

"Pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi, tapi saya percaya dengan adanya kerjasama antara satu sama lain, masalah yang ditempuhi akan mudah dihadapi”. 

“Objektif kita adalah untuk membangunkan negeri Terengganu secara bersama agar negeri ini dapat menjadi negeri terbaik dalam Malaysia," jelasnya dalam Sambutan Majlis Hari Raya bersama Persatuan Pegawai Tadbir Negeri di Wisma Darul Iman semalam.

Dalam majlis berkenaan beliau juga turut memberi sumbangan raya kepada anak-anak Persatuan Pegawai tadbir Negeri Terengganu. 

 


Tag: