• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Kerjasama PSMZA Dan FAMA Lahirkan Usahawan Baharu

DUNGUN, 31 Mac- Kerjasama Politeknik Sultan Mizan Zainal (PSMZA) dan FAMA Negeri Terengganu bakal melahirkan 450 orang usahawan baharu  menerusi Program New Breed Marketing Entrepreneur (NBME).

Jurucakap Unit Komunikasi Korporat, PSMZA berkata, program tersebut menyediakan khidmat latihan 'Integrated Digital Marketing' dan pendaftaran di sistem Agrobazaar Online (ABO) sebagai asas bimbingan kepada para pelajar sebelum ke fasa berikutnya.

"Program ini mampu membimbing para pelajar dalam hal berkaitan pemasaran dalam talian serta memberi idea bagi membuka perniagaan sendiri sejurus tamat belajar kelak," jelasnya dalam satu kenyataan.

Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik antara Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dan FAMA Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Dagang, PSMZA, semalam.

Timbalan Pengarah FAMA Negeri Terengganu, Azhar Jamaludin telah merasmikan program berkenaan yang turut dihadiri Pengarah PSMZA, Mohd Fikri Ismail, 

Kerjasama tersebut akan melibatkan pelajar - pelajar daripada empat jabatan iaitu Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA). 

"Ini bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan baharu dalam negara," katanya. 


Tag: