• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

'Kerosakan Pusat Akuatik Batu Buruk Perlu Dibaiki Segera'

KUALA TERENGGANU, 18 November - "Kerosakan di Pusat Akuatik Batu Buruk perlu dibaiki segera," gesa Ahli Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) selepas melakukan lawatan kerja baru-baru ini.

Wan Mokhtar Wan Kadir berkata, lawatan berkenaan juga bertujuan untuk mencari penyelesaian susulan bil air di pusat terbabit yang mencecah sehingga RM10,000 sejak sekian lama.

"Hasil lawatan kami mendapati ia antaranya berpunca daripada dua bola tangki dan tiga 'butterfly valve' rosak. 

"Ia menyebabkan air sentiasa mengalir keluar, walaupun kolam renang tersebut tidak digunakan," katanya.

Katanya kepada media selepas mengadakan lawatan tersebut bersama dan kakitangan MBKT serta pegawai-pegawai Syarikat Air Terengganu (SATU). 

Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar pihak pengurusan MBKT membaiki segera kerosakan kolam renang yang menjadi tarikan pelancong dan juga orang ramai untuk melakukan aktiviti renang. 

"Janganlah biarkan kerosakan tersebut terlalu lama untuk dibaiki kerana ia akan memberikan kerugian memandangkan ia juga adalah salah satu daripada punca pendapatan MBKT," ujarnya.


Tag: