• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Kesedaran dan Kerjasama Penduduk, Atasi Masalah Banjir

HULU TERENGGANU, 16 November - "Kesedaran dan kerjasama penduduk tempatan untuk bersama-sama menyelenggara sistem saliran adalah penting dalam usaha mengatasi masalah banjir," demikian kata Timbalan Pengerusi Pertanian, Industeri Makanan, Peladangan Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Ustaz Hilmi Dato’ Harun.

Tambahnya, longkang berhampiran rumah, pastikannya bersih dan tidak tersumbat kerana sampah yang dibuang sewenang-wenangnya ke dalam longkang akan dibawa air saliran utama.

“Memang tidak dinafikan, kegagalan sistem saliran air sedia ada untuk menampung pengaliran air menjadi antara faktor utama banjir kerap melanda terutama kawasan penempatan lama atau tanah rendah," ujar beliau.

Ustaz Hilmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir berkata demikian kepada media selepas melawat gotong-royong pemasangan ‘culvert’ saliran air banjir di kampung Pulau Manis anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), semalam.

“Hampir setiap MPKK diberi peruntukan baik pulih atau bina baharu saliran air hasil peruntukan daripada pelbagai agensi seperti Majlis Badaraya Kuala Terengganu (MBKT), Pejabat Daerah dan Pusat Khidmat Masyarakat PKM ADUN Manir”

“Justeru, sangat perlu mengukuhkan mekanisme menggabungkan antara agensi dan pentadbiran secara menyeluruh, selain mempertingkat kesedaran masyarakat dalam usaha mengekang banjir,"ujarnya.