• 29 Okt 2020 | 12 Rabiul Awal 1442

Kesedaran Derma Organ Di Terengganu Masih Rendah

Alias Razak.

KUALA TERENGGANU, 18 Januari – Kesedaran menderma organ secara sukarela di negeri Terengganu masih belum berada pada tahap membanggakan.

 

 

 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, ia berikutan hanya 1.8 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan rakyat Terengganu yang telah berikrar menderma organ selepas kematian.
 
Jelasnya, sehingga kini Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) hanya merekodkan sekitar 22,540 pengikrar berbanding lebih 1.2 juta penduduk negeri itu.
 
“Daripada jumlah itu, seramai 10 orang penderma sahaja telah berjaya mendermakan orang mereka kepada golongan yang memerlukan. Ia melibatkan perndermaan buah pinggang, hati, jantung, paru-paru dan organ-organ lain.

“Apa yang menjadi halangan adalah faktor budaya dan agama yang menganggap bahawa pendermaan organ dan tisu menyalahi hukum sedangkan bagi orang Islam terdapat fatwa yang jelas bahawa perkara itu dibenarkan,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan 2020 di Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) di sini hari ini.
 
Walau bagaimapun katanya, beliau yakin kesedaran itu akan meningkat dari semasa ke semasa berikutan sudah ramai yang mula menyedari akan kepentingan pendermaan organ.
 
“Semoga orang ramai akan terus meningkatkan kesedaran mereka dan mendaftar sebagai penderma organ.
 
“Kita boleh mendaftar apabila kita meneliti segala aspek dan ilmu pengetahuan serta menolak persepsi negatif yang mengatakan bahawa ia akan memudaratkan kesihatan penderma,” tambah beliau.