Jalur Gemilang
Berita :
Kesejahteraan Rakyat Jadi Ukuran Pembangunan Terengganu, Indeks Meningkat 116.7 Mata
Kesejahteraan Rakyat Jadi Ukuran Pembangunan Terengganu, Indeks Meningkat 116.7 Mata
Adli Mohamad
23 minit yang lepas
28

KUALA TERENGGANU, 18 November – Terengganu tidak hanya mengukur kejayaan pembangunan melalui pertumbuhan ekonomi, sebaliknya turut menjadikan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat sebagai ukuran penting kemajuan negeri.

Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pendekatan itu merangkumi kemampuan rakyat memenuhi keperluan harian, jaminan bekalan makanan serta kelestarian alam sekitar.

Menurutnya, peningkatan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) Terengganu kepada 116.7 mata turut mencerminkan perkembangan positif tahap kesejahteraan rakyat negeri itu secara keseluruhan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pencapaian berkenaan perlu terus disokong oleh asas ekonomi yang lebih kukuh dan produktif bagi memastikan kesejahteraan rakyat dapat dikekalkan.

"Namun begitu, peningkatan kesejahteraan ini perlu terus disokong oleh asas ekonomi yang lebih kukuh dan produktif.

"Kita tidak boleh berpuas hati dengan struktur ekonomi sedia ada atau terlalu bergantung pada perbelanjaan kerajaan (government-led spending)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2027 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-15, di sini, pada Isnin.

Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri perlu mempergiat pelaburan swasta, memperkukuh rantaian nilai domestik serta meneroka peluang ekonomi baharu bagi memastikan pertumbuhan ekonomi lebih mampan.

Menurutnya, langkah itu penting bukan sahaja untuk merancakkan ekonomi negeri, malah bagi meningkatkan pendapatan rakyat dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti.

"Sebaliknya, pelaburan swasta perlu dipergiat, rantaian nilai domestik diperkuh dan peluang ekonomi baharu diteroka agar pertumbuhan yang lebih mampan dapat menjana pendapatan serta pekerjaan berkualiti untuk rakyat Terengganu," ujarnya.



Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan