• 15 Mei 2024 | 7 Zulkaedah 1445

Ketengah Anjur Program Kacau Bubur Asyura Inovasi


KETENGAH ambil inisiatif  mengadakan satu industri pelancongan makanan melibatkan makanan tradisional penduduk. kanan Pengurus Besar KETENGAH YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa
HULU TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengadakan  program kacau Bubur Asyura ‘inovasi’ yang menghasilkan masakan bubur pelbagai rasa bersama penduduk sekitar.

Pengurus Besar Ketengah, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa berkata, jika dahulu masing-masing menggunakan satu resepi yang sama tetapi sekarang berlaku perubahan dengan kelainan resepinya yang berbeza.

“Acara memasak bubur asyura merupakan acara tahunan  bagi Ketengah yang telah kita  mulakan sudah lama dulu. Cuma sebelum ini pelaksanaan  kita buat satu tempat sahaja tetapi pada kali ini  saya telah  berbincang dengan pihak pengurusan  supaya buat sedikit transformasi  yang  mana kita menggunakan konsep  program bersama komuniti.


“Jadi  untuk kali ini kita telah  merangka, merancang dan telah  pun diadakan yang  melibatkan tiga daerah yang berada  di Wilayah Ketengah iaitu Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu serta di Tasik Kenyir ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada program Memasak Bubur Assyura Wilayah Ketengah  di Dataran Kenyir, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, di sini, 7 Oktober.

Katanya, program tersebut melibatkan sebanyak  72  kawah dengan kos perbelanjaan sebanyak RM50,000.


Tambah beliau, enam lokasi yang diadakan program tersebut antaranya Chenih, Kampung (Kg) Lubuk Lesung, Kg Serdang, Dungun, Bandar AMBS, Sungai Binjau, Hulu Terengganu dan kawasan Pelancongan Tasik Kenyir.

“Konsep kita  melibatkan penduduk (yang) mempunyai idea dan perancangan tersendiri bagi  menonjolkan  cara memasak dengan resepi masing-masing.

“Di Lubuk Lesung ada bubur yang bercampur ikan. Kalau sebelum ini  bubur asyura dicampur  daging dan ayam tapi disana campur dengan ikan. Di sini pula masakan bubur dicampur dengan udang. Memang ada kelainan dari segi cara memasak dan resepi  yang digunapakai,” ujarnya.


Justeru itu, beliau mengambil inisiatif daripada  apa yang disuarakan Menteri Pembangunan Luar Bandar bahawa kawasan tersebut digalakkan mengadakan satu industri pelancongan makanan yang melibatkan makanan tradisional penduduk.



                                                                                                                                                                                                                                                                                          


Tag: