• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

KETENGAH Sumbang RM2,900 Kepada Mangsa Ribut

DUNGUN, 18 Julai - Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) menyerahkan sumbangan sebanyak RM2,900 kepada tujuh orang penduduk Kampung Wa yang terkesan akibat ribut pada 21 Jun lalu.

Pengerusinya, Datuk Razali Idris berkata, peruntukan itu adalah untuk memperbaiki struktur bumbung yang rosak melalui tabung tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Masing-masing menerima di antara RM300 sehingga RM500 bergantung kepada tahap kerosakan yang dialami.

"Ini membuktikan bahawa KETENGAH sentiasa ambil cakna dengan masalah penduduk yang tinggal di wilayah ini," katanya.

Beliau berkata demikian, ketika menyampaikan sumbangan berkenaan kepada penduduk berkenaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar KETENGAH, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa.

Dalam perkembangan lain, Razali memaklumkan bahawa suntikan vaksin Covid-19 kepada penduduk di Wilayah seramai 70,000 orang akan selesai pada akhir Ogos nanti menerusi Program Outreach Vaksinasi Covid 19 yang dilaksanakan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.


Tag: