• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Khidmat Bersih Rumah Pasca Banjir Untuk Penduduk Kota Putera Terjejas Banjir

BESUT, 3 Mac - Penduduk yang pulang ke rumah dari Pusat Penempatan Sementara (PPS) boleh berhubung dengan Pengerusi JPKK masing-masing untuk menyalurkan maklumat kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Kota Putera menggerakkan sukarelawan bagi membantu operasi pembersihan rumah pasca banjir ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Bin Ab. Rahman, berkata demikian dalam sesi penyampaian sumbangan bantuan makanan kepada mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Tembila, baru-baru ini. 

"Jika memerlukan bantuan untuk membersihkan rumah selepas banjir reda dan pulang ke rumah masing-masing,  boleh berhubung dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat dan PKM Kota Putera akan menggerakkan sukarelawan bagi membantu membersihkan rumah tuan puan.

"Kita melalui Majlis Tindakan Dun (MTD) Kota Putera akan menggerakkan sukarelawan di bawah Pemuda, Ameerah dan Muslimat bagi membantu meringankan beban dan mempercepatkan proses pembersihan rumah" katanya.

 


Tag: