• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Khidmat Malaysia Setiu Bantu Mangsa Pasca Banjir

SETIU, 14 Disember - Pengurusan Kecemasan Bencana Malaysia atau Khidmat Malaysia kawasan Setiu hulur bantuan pasca banjir kepada mangsa yang terjejas.

Pengerusinya, Mohd Nor Hamid berkata kerja-kerja gotong-royong atau pasca banjir ini adalah sebahagian tanggungjawab kami dalam menjayakan kerja kebajikan yang telah diamalkan sebelum ini.

"Hari ini kita turun ke pusat tahfiz menjalankan kerja-kerja seperti mesin rumput, membersih longkang dan sebahagian kawasan yang terlibat dengan banjir baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI)baru-baru ini.

Pusat Tahfiz Al-Quran Baitulrahmat baru-baru ini turut ditenggelami banjir lebih dua meter mengakibatkan tingkat bawah tenggelam 100 peratus.

Bentuk geografi muka bumi di kawasan ini yang mengakibatkan saban tahun terlibat banjir menjadikan penduduk di sini lebih bersedia apabila tiba musim  tengkujuh.