• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

KEMAMAN, 6 September - Kem Impak Belia Darul Iman (KIAM) bagi peringkat Dewan Undangan Negeri Permaisuri telah selesai diadakabaru-baru ini dengan penyertaan seramai 77 orang peserta.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Zul Bhari A Rahman berkata, KIAM merupakan kem yang sangat baik dalam membentuk bakat pelapis kepimpinan melalui pelbagai modul dan latihan yang diikuti oleh para peserta.

"Tahniah diucapkan kepada peserta yang terpilih menyertai kem ini, dalam ribuan anak muda adik-adik terpilih sebahagian daripada mereka bermakna inilah  peluang yang terbaik yang mesti direbut.

"Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Akademi Kepimpinan Al-Fateh yang telah mengendalikan kem ini dengan sebaik mungkin bermula dari awal sehingga akhir,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika  berucap pada majlis penutup di Darul Iman Training Centre (DITC), Teluk Kalong, Kemaman.

Terdahulu kem yang bermula Sabtu lepas menghimpunkan peserta berumur antara 18 sehingga 22 tahun.

Hadir sama, Sulaiman Sulong, Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan yang menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian hadiah.

KIAM yang mensasarkan penyertaan anak-anak remaja merupakan platform terbaik dalam membentuk pembangunan Belia Terengganu yang sejahtera dan bakal memberi impak terbaik dalam aspek agama, masyarakat dan negara.