• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Kisah Kucing Ibu Tunggal Jadi Viral

“Saya menerima puluhan panggilan  dari pecinta kucing  dan tidak ketinggalan menerima kunjungan orang ramai yang berhajat mahu menderma makanan kucing, sejak kisah kucing saya mendapat liputan meluas di pelbagai saluran media.
 
“Panggilan yang diterima bukan saja peminat kucing dari Terengganu malah dari Singapura, masing-masing melahirkan rasa prihatin tentang nasib kucing belaan saya,”seorang ibu tunggal, Roslena Mohammed, 52.
 
Roslina yang juga bekas guru Kelas al-Quran & Fadhu Ain (KAFA) yang memiliki 40 ekor kucing di rumahnya di Kampung Gong Gemia, Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu.
 
Dalam laporan media hari ini, Roslena menyatakan, dia menyayangi semua kucing yang dipeliharanya tidak ubah seperti anak sendiri dan kerana itu berasa bertanggungjawab memastikan haiwan terbabit cukup makan selain memperoleh rawatan sewajarnya sekiranya sakit.
 
“Saya tak kisah dengan cakap-cakap orang sekeliling kerana sikap saya terlalu mementingkan kucing berbanding keperluan diri sendiri. Paling penting semua kucing cukup makanan dan sihat.
 
“Mulanya hanya seekor kucing terbiar yang dipelihara namun semakin lama ia membiak dan bertambah selain kucing terbiar lain turut menumpang teduh di rumah kerana saya sentiasa menyediakan makanan untuk kucing terbiar di luar rumah,” katanya.
 
Roslena memerlukan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan bagi memastikan keperluan kucing yang dipelihara itu dipenuhi termasuk makanan, ubat-ubatan dan pasir najis.
 
Menurut Roslena ketika dihubungi Teganukita berkata , terima kasih di atas keprihatinan pelbagai pihak, termasuk Pengawai Penyelaras DUN Ladang, Datuk Mohd Sabri Alwi yang tidak keberatan singgah ke rumahnya untuk bertanya khabar.
 
“Hasil sumbangan diperoleh ini pasti melegakan saya, di mana tidak perlu lagi memikirkan keperluan kucing, terutama berkaitan makanan dan pasir dalam singkat ini.
 
“Saya berharap, perkara seumpama ini berkekalan dan apa yang dibelanjakan RM80 sehari untuk keperluan itu, boleh digunakan kepada perkara lain,”katanya.
 
 
 

 

 

 


Tag: