• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Klinik Al-Fatihah, Tahsin Azan Bakal Lahir Imam Muda

MARANG, 29 Disember - Klinik Al-Fatihah dan Tahsin Azan bakal melahirkan golongan pelapis kepada imam dan bilal di kalangan generasi muda.

Pegawai Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu, Mohd Fakhruddin Zakaria berkata 'Program Minggu Bersama Daie', ini telah diadakan bagi memperelokkan bacaan al-fatihah dan azan.

"Harapan besar bagi penganjur adalah melatih masyarakat tempatan supaya lebih yakin untuk menjadi iman dan bilal di kampung masing-masing.

Katanya, idea bagi menganjurkan program seperti ini sesuai dengan keperluan generasi baharu yang perlu diangkat untuk mengalas tanggungjawab iman dan bilal.

"Sekiranya mendapat sambutan dan program ini berjaya, kita akan melakukannya secara berkala dan berperingkat di setiap kampung masing-masing.

Beliau berkata ketika ditemubual oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman hari ini.

Menurutnya lagi, di samping melahirkan keyakinan sebagai imam dan bilal, adalah menjadi satu tuntutan dalam agama memperbetulkan bacaan dalam solat.

"Lebih-lebih lagi, bila memimpin masyarakat sebagai imam solat atau melaungkan azan untuk menyeru umat islam untuk melaksanakan solat," tambahnya.

Program anjuran DUAT Dun Rhu Rendang bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) ini diadakan selama lima hari di surau Medan Rhu, Rhu Renggeh bermula 27 sehingga 31 Disember.

 


Tag: