Berita :
KMI Healthcare Menang Anugerah The BrandLaureate World Halal BestBrands Awards 2026
KMI Healthcare Menang Anugerah The BrandLaureate World Halal BestBrands Awards 2026
Noraini Jusoh
4 jam yang lepas
74

KUALA TERENGGANU, 4 Mei - KMI Healthcare telah memenangi anugerah The BrandLaureate World Halal BestBrands Awards 2026 bagi kategori Kecemerlangan dalam Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Mesra Muslim. 

Pengiktirafan berprestij tersebut dianugerahkan oleh The World Brands Foundation kepada jenama yang menunjukkan kepimpinan, inovasi serta komitmen cemerlang dalam memajukan ekosistem Halal global. 

Majlis penyampaiannya telah berlangsung di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur malam tadi yang menghimpunkan pelbagai organisasi serta peneraju industri dari dalam dan luar negara. 

Ketua Pegawai Eksekutif KMI Healthcare, Dr. Rayney Azmi Ali berkata, anugerah berkenaan merupakan satu pencapaian yang amat bermakna bagi KMI Healthcare. 

“Ia mencerminkan komitmen berterusan kami dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang bukan sahaja cemerlang dari segi klinikal, malah selari dengan nilai kepercayaan, kualiti dan integriti dalam ekosistem Halal. 

“KMI akan terus mempertingkatkan mutu perkhidmatan demi kesejahteraan komuniti,” ujanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, KMI Healthcare akan terus melangkah ke hadapan dengan memacu inovasi serta memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan, bagi memastikan kesejahteraan komuniti sentiasa menjadi keutamaan.

“Anugerah ini mencerminkan komitmen berterusan KMI Healthcare dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi dan beretika dengan penekanan diberikan pada penjagaan pesakit sebagai fokus utama. 

“Seiring dengan perkembangan pesat industri Halal antarabangsa, KMI Healthcare terus komited dalam memenuhi keperluan pesakit Muslim melalui penyampaian perkhidmatan yang berteraskan nilai kepercayaan, integriti serta pematuhan Shariah,” ujarnya. 


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan