• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Kolaborasi Tingkatkan Daya Saing PSMZA

DUNGUN, 23 Julai - Kolaborasi antara pelbagai agensi dan industri akan meningkatkan daya saing Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)  sebagai sebuah institusi pendidikan berasaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang memenuhi kehendak industri.

Jurucakap Unit Komunikasi Korporat PSMZA berkata, Sijil Kolaborasi (CoC) Strategik merujuk kepada suatu pernyataan atau perjanjian awal pihak-pihak terlibat untuk bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti di peringkat jabatan dan institusi. 

"Iaitu tanpa mewujudkan suatu ikatan undang-undang terhadap hasrat kerjasama yang ingin dilaksanakan di antara kedua-dua pihak," ujarnya 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas majlis menandatangani CoC  Strategik yang berlangsung  di Dewan Dagang PSMZA baru-baru ini. 

Majlis CoC Perdana terbabit melibatkan 13 agensi dan industri dari dalam dan luar Terengganu dan telah dirasmikan oleh Pengarah PSMZA, Zamra Derahman.

"Dengan termenterainya ikatan perjanjian ini, diharapkan supaya segala aktiviti kolaborasi berimpak tinggi yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik 

"Semenjak 2011 sehingga ke hari ini, sebanyak 99 agensi dan syarikat industri yang telah menjadi rakan kolaborasi PSMZA," ujarnya. 


Tag: