• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

DUNGUN, 17 Julai- Kerajaan negeri dibawah pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) komited melaksanakan manifesto seperti yang dijanjikan ketika Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU-14) yang lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, ini membuktikan kerajaan hari ini, apabila berjanji, mengotakannya bukan hanya janji-janji manis.

"Saya melihat kepimpinan hari ini dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan baik, kejayaan - kejayaan selain manifesto terlalu banyak untuk kesejahteraan rakyat Terengganu terutama semasa menangani pandemik COVID-19 dengan Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT)," ujarnya. 

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel Program Bual Bicara Manifesto 'Kata DiKota' yang disiar secara langsung di TV Dungun. 

Program anjuran Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) Daerah Dungun itu turut menampilkan Pegawai Penyelidik (Hal Ehwal Tanah Persekutuan) Pejabat Menteri Besar Terengganu, Naraza Muda sebagai ahli panel dan dikendalikan oleh peguam muda, Hafizul Faris Che Razlan. 

Ujarnya lagi, kerjasama erat kepimpinan sekarang sehingga ke peringkat kepimpinan paling bawah yang sentiasa prihatin dan cakna kepada rakyat. 

"Bukan di peringkat atasan sahaja malah sehinggalah kepada peringkat Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) turut bekerja keras untuk memastikan rakyat hidup selesa," katanya lagi. 


Tag: