• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Kongsi Rezeki, Hotel Primula Agih 800 Bungkus Bubur Lambuk

KUALA TERENGGANU, 19 April - Primula Beach Hotel salah sebuah hotel milik kerajaan negeri di sini, meneruskan tradisi memasak dan mengedarkan 800 bungkus bubur lambuk sempena bulan Ramadan sebagai tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).

Pengurus Besarnya, Suaibah Harun berkata ia juga merupakan program tahunan hotel itu sejak 2017.

"Pengagihan bubur lambuk kali ini bertujuan  menghulurkan sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan dalam suasana wabak pandemik COVID-19 masih melanda negara. 

"Walaupun penduduk tempatan bukan pelanggan utama yang menginap di sini, tetapi kita tetap menghargai mereka dan ia bukan alasan untuk kita tidak membuat kebaikan tambahan lagi pada bulan Ramadan,” katanya ketika ditemui selepas pembahagian bubur lambuk  di Tempat Letak Kereta Zon F, Primula Beach Hotel, hari ini.

Suaibah juga berkata,  sebanyak 30 kilogram (kg) beras digunakan untuk menghasilkan bubur lambuk menggunakan gabungan  rempah ratus istimewa.

"Kerja memasak bubur ini bermula pada pukul 9 pagi dan selesai sekitar pukul 3 petang oleh 20  kakitangan hotel sebelum diagihkan," ujarnya.

Tambah beliau lagi, pihak pengurusan dan kakitangan hotel juga amat terharu dengan sambutan orang ramai yang datang untuk mengambil bubur lambuk yang diedarkan pada kali ini.