• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Konvoi Mahabbah Perluaskan Aktiviti Dakwah Bermotosikal

MARANG, 14 Disember - Konvoi Mahabbah Bersama Daie menjadi salah satu aktiviti dakwah bermotosikal yang semakin meluas dan mendapat sambutan di semua peringkat lapisan masyarakat peminat motosikal.

Baru-baru ini satu konvoi ke sebuah pondok telah diadakan melibatkan 30 buah motosikal dari kawasan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang.

Pegawai Akademik Didik Ulama Amilin Terengganu Dun Rhu Rendang, Mohd Fakhruddin Zakaria berkata, konvoi itu adalah bertujuan melawat sebuah pondok yang terletak di Dungun.

"Tujuan utama program ini diadakan bukan hannya sekadar bersuka ria tetapi adalah bagi mendapat manfaat sebaiknya dengan ilmu agama secara santai dan bersahaja.

“Peserta konvoi yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia ini bukan sekadar melawat pondok Manazil Siddiqin, tetapi juga turut mendengar taujihad ilmu yang disampaikan oleh Tuan Guru Ustaz Hj Mohd Suhaimi Daud Al-Khalidi.

Menurutnya tokoh itu adalah mudir pondok tersebut dan juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Ahli Pengajian Kitab Turath Terengganu.

“Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada peserta yang terdiri daripada belia, kelab motor, badan bukan kerajaan, dan sebagainya.

“ Usaha ini juga dapat menarik minat ramai golongan terutamanya anak muda yang minat berkonvoi dalam aktiviti dakwah dan ilmiah supaya lebih dekat dengan ajaran islam," ucapnya lagi.

Program anjuran DUAT ini, bermula seawal jam 8.00 pagi disertai oleh Kelab Kijing Bikers, Ahli Jawatankuasa beberapa buah masjid, sukarelawan masyarakan serta beberapa kumpulan daripada penduduk setempat.


Tag: