• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

Krisis Iran-AS : Iraq Bakal ‘Hancur’ Sekali Lagi




Oleh ; Hidayah Azlin

SETIU, 8 Januari – Krisis yang berlaku antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) ketika ini sudah mula menampakkan bibit-bibit yang akan membawa bumi Iraq ke kancah peperangan dahsyat sekali lagi.

Ahli Jawatankuasa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata walaupun mereka bersemangat bersorak dan bergembira di atas kematian komander tertinggi Iran iaitu Jeneral Qassem Soleimani terbunuh namun akhirnya yang bakal menerima bencana ialah warga Iraq.

“Sehingga sekarang saya tidak nampak AS akan serang negara Iran atau Iran akan serang negara US,’’

‘’Memang taktik AS, dia akan makan belaka depan belakang kiri dan kanan. Peperangan dialihkan supaya berlaku jauh dari bumi Amerika,’’ katanya dalam status di laman sosial miliknya, pagi ini.

Tambahnya, peperangan ini dikatakan penting bagi ekonomi AS.

 “Bagaimana kepentingan peperangan kepada ekonomi AS, insyaAllah saya akan tulis satu artikel.

‘’Kita hanyut dalam krisis Sunni-Syiah, AS datang dengan armada untuk memanfaatkan setiap ruang dan peluang dari krisis yang berlaku demi kuasa hegemoni mereka.’’ ujarnya.


Tag: