lightning-solid
Berita :
Kuala Nerus Naib Juara SUTERA 2025
Kuala Nerus Naib Juara SUTERA 2025
Arifuddin Alias
29 Sep 25
116

KUALA TERENGGANU, 29 September 2025 – Temasya Sukan Terengganu (SUTERA) 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gilang-gemilang apabila Kontinjen Kuala Nerus berjaya muncul sebagai Naib Johan Keseluruhan.

Kontinjen berkenaan menutup kempen dengan pencapaian membanggakan, meraih 20 pingat emas, 29 pingat perak dan 22 pingat gangsa.

Ketua Kontinjen Kuala Nerus, Zaharuddin Zahid berkata, kejayaan tersebut merupakan hasil usaha gigih para atlet, jurulatih, pegawai serta seluruh pasukan sokongan yang memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang kejohanan berlangsung.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Sukan Daerah Kuala Nerus, khususnya Pegawai Daerah, Ahmad Azizi Zulkifli, pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), para jurulatih serta semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi.

“Syabas dan tahniah kepada semua atlet, jurulatih dan pegawai yang telah menunjukkan semangat juang tinggi serta pengorbanan besar demi mengangkat nama Kuala Nerus.

“Insya-Allah, pengalaman yang diperoleh kali ini akan menjadi pemangkin untuk kejayaan lebih gemilang pada edisi akan datang,” ujarnya.


Tag :

Artikel Berkaitan