• 20 Mei 2024 | 12 Zulkaedah 1445

Kuala Terengganu Ungguli SUTERA 2019 Hari ini



KUALA NERUS, 8 September - Daerah Kuala Terengganu mengungguli tujuh daerah lain dan pasukan Kelantan, memungut 16 pingat emas sekali gus mengumpul mata keseluruhan teratas sebanyak 40 mata bagi acara sepak takraw dan olahraga Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 setakat 3.35 petang tadi.

Menurut carta Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSN) yang dikeluarkan di sini hari ini, Kuala Terengganu mengumpul 10 pingat Perak dan 14 Gangsa.

Kuala Nerus sebagai pesaing paling rapat Kuala Terengganu hanya kekurangan satu pingat emas untuk menyamai jumlah pingat daerah itu dengan memungut 15 pingat emas manakala pingat lain sama dengan Kuala Terengganu menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 39 pingat.

Dungun mendapat tujuh pingat emas, perak (13) dan gangsa (tujuh) dengan jumlah kesuluhan pingat (27).

Sementara Setiu, mendapat lima pingat emas, perak (tiga) dan gangsa (lima) dengan jumlah pingat terkumpul (13).

Marang berjaya memperolehi empat pingat emas, perak (10) dan gangsa (lapan) dengan jumlah pingat keseluruhan sebanyak 22 pingat.

Manakala Hulu Terengganu mengumpul empat pingat emas, perak (lima) dan gangsa (sembilan) dengan jumlah pingat keseluruhan (18).

Dalam pada itu Besut berjaya memungut tiga pingat emas, perak (lima) dan gangsa (enam) dengan pingat keseluruhan berjumlah 14 pingat.

Kemaman mengumpul tiga pingat emas, perak (dua) dan gangsa (lapan) dan jumlah pingat keseluruhan (13).

Sementara Kelantan mengutip empat pingat emas, perak (tiga) dan gangsa (empat) dengan jumlah keseluruhan pingat (11).

Jumlah keseluruhan pingat ialah 197 termasuk masing-masing 61 pingat emas dan perak serta 75 pingat gangsa.


Tag: