• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Kukuhkan MN, PN Demi Penyatuan Ummah

KUALA TERENGGANU, 6 November - Tiga parti  Melayu utama di negara ini perlu mengukuhkan Muafakat Nasional dan  Perikatan Nasional bagi penyatuan politik dan ummah.

Perwakilan PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Abdul Razib Abdul Rahim berkata, di Pulau Pinang ketiga-tiga parti teras melayu amat penting duduk bersama untuk kembali mentadbir kerajaan.

"Sekiranya ini berlaku, ia mampu membenamkan DAP serta Pakatan Harapan di bumi Pulau Pinang dan sebaliknya.

“Hanyalah satu retorik semata-mata. Inilah yang berlaku di negeri Pulau Pinang apabila kekaburan dan juga kesamaran  tentang penyatuan ummah ini tidak mampu untuk menyatukan parti-parti politik,” ujarnya.

Beliau berucap membahas Ucapan Dasar Presiden PAS bertemakan ‘Islam Menyatukan Ummah’ dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-67 di Duyong Marina Resort, di sini sebentar tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata demografi Pulau Pinang tak sama dengan negeri-negeri yang lain kerana Dewan Undangan Negeri dan Parlimen majoritinya dikuasai bukan Islam ataupun bukan melayu.

“Umpamanya Parlimen hanya tiga kerusi saja yang didominasi oleh orang -orang Melayu. Dan juga di peringkat DUN, 15 kerusi saja yang hanya didominasi oleh orang Melayu daripada majoriti 40 kerusi yang dikuasi oleh DAP atapun Pakatan Harapan.

“Maka dengan sebab itu PAS Pulau Pinang nak menyatakan kepada para pimpinan dan muktamrin sekalian, bahawa penyatuan ummah mampu merubah senario ini," ujarnya.