• 28 Apr 2024 | 19 Syawal 1445

Kunjungi 'Booth' UPDI Di Karnival Pantai Terengganu


KUALA TERENGGANU, 12 September - Orang ramai dijemput mengunjungi 'booth' Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) bernombor 39 di Karnival Pantai Batu Buruk yang kini sedang berlangsung dan berakhir pada 16 September 2019.

Pegawai Penyelidik UPDI, Sumaiyah Zakaria berkata, UPDI turut membuka pondok pameran bersama jabatan dan agensi lain.

"Penyertaan UPDI dalam Karnival Pantai membantu dari sudut teknikal seperti menyediakan kemudahan 'PA System' dan liputan bagi melancarkan program," ujarnya.

Beliau yang juga penyelaras pameran berkata demikian ketika ditemui di pejabat UPDI, di sini pada hari ini.

Menurutnya, tujuan booth dibuka adalah untuk memperkenalkan agensi itu kepada pengunjung yang datang ke karnival tersebut.

"Rata-ratanya rakyat Terengganu (tahu) fungsi UPDI sebagai medium penerangan rasmi kerajaan negeri," jelasnya.

Tambah Sumaiyah, pengunjung juga akan menerima cenderahati berupa risalah penerangan berkaitan kerajaan negeri.


Tag: