• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Kutipan Terengganu for Turkiye Lebih RM700 Ribu

MARANG, 10 Mac - Hasil kutipan derma tabung Terengganu for Turkiye bagi membantu mangsa gempa bumi yang dikelola Pas Relief berjumlah RM719,798 selepas dua minggu pelancarannya. 

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Senator Haji Hussain Awang berkata, hasil kutipan itu telah melebihi sasaran awal sebanyak RM500 ribu. 

“Semua kutipan ini datangnya daripada ahli serta penyokong Pas, termasuklah daripada orang awam.

“Rombongan daripada sekretariat tabung akan berlepas ke Tukiye bagi melakukan penyerahan hasil ini dalam membuktikan solidariti kita bersama mangsa di sana,” katanya selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Aid4 Turkiye di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Pas kawasan Kemaman berhasil mendapatkan kutipan terbanyak iaitu RM127.805 diikuti Kuala Terengganu (RM93,945) dan Dungun (RM72,760). 

Dewan Himpunan Penyokong Pas Terengganu turut mengambil bahagian dalam mendapatkan sumbangan bagi tujuan tabung tersebut.

Penyerahan itu disempurnakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas rutin menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, Marang.

 


Tag: