• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

KUTT Bangunkan Koridor Utiliti Terengganu

KUALA TERENGGANU, 3 Mac - Syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC), Koridor Utiliti Teknologi Terengganu Sdn Bhd (KUTT) bakal menjadi sebagai pemain utama dalam membangunkan Koridor Utiliti Terengganu.

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Majlis Menandatangani Perjanjian antara kerajaan negeri dan KUTT di Wisma Darul Iman hari ini mengesahkan syarikat terbabit akan bertindak sebagai Agensi Hentian Setempat (One Stop Agency) bagi semua pemohonan permit kerja-kerja pengorekan di seluruh Terengganu.

Katanya, semua jajaran utiliti di negeri ini merangkumi tenaga eletrik, bekalan air, rangkaian telekomunikasi dan sistem kumbahan yang dinamakan sebagai Pengkalan Data Geospatial Negeri Terengganu (PDGNT).

“Bagi menangani kelemahan pengurusan infrastruktur utiliti, Kerajaan Persekutuan menerusi agensi-agensi seperti Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (Plan MALAYSIA) dan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah berusaha merangka perlbagai garis panduan dan ketetapan bagi memastikan pengurusan dan perancangan infrastruktur utiliti dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya dalam program terbabit.

Menurut Ahmad Samsuri, demi memastikan keberkesanan garis panduan yang telah dirangka itu, pihaknya akan melaksanakan segala saranan daripda agensi terlibat.

“Gabungan pelbagai garis panduan ini telah di rangkumkan oleh KUTT di dalam garis panduan baru yang dinamakan Garis Panduan Laluan Kemudahan Utiliti Negeri Terengganu – Edisi Pertama (2020).

“Industri ini diyakini mampu memberi kesan kepada ekonomi negeri melalui nilai tambah dalam pekerjaan, pembangunan kemahiran dan perolehan data maklumat negeri serta secara tidak langsung juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Terengganu,” katanya..

 


Tag: