• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

Laksana Inisiatif Atasi Gangguan Bekalan Air

KUALA TERENGGANU, 25 November - Kerajaan negeri telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi mengatasi gangguan bekalan air kepada penduduk terutama di musim perayaan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri Dr Mamad Puteh, berkata bagi kawasan Kuala Terengganu dan Marang, pelaksanaan projek Bekalan Air Kuala Terengganu Utara 

Katanya, projek ini akan meningkatkan kapasiti bekalan air tambahan sebanyak 20 MLD di Pulau Bahagia yang dijangka akan beroperasi pada Februari 2021.

"Ia akan melibatkan kawasan Manir, Pulau Bahagia dan sebahagian Hulu Telemong.Manakala tambahan 44 MLD di Losong yang dijangka siap pada April 2021.

"Sementara itu, kapasiti tambahan sebanyak 120 MLD untuk bekalan air kawasan Terengganu Utara yang dijangka siap pada April 2022,"ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Keempat Belas(Bajet), hari ini.

Tambah Dr Mamad lagi, projek bekalan air Kemaman juga sedang dilaksanakan dengan tambahan kapasiti kepada rekabentuk asal iaitu 220 MLD yang mana kapasiti asal loji air Bukit Sah ialah 180 MLD.

Bagi daerah Dungun dan Hulu Terengganu, beliau berkata, bekalan tambahan boleh diperolehi daripada loji air Kemudi.

"Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah meluluskan projek menaiktaraf loji air Kenyir sebanyak 20 MLD bagi membantu daerah Hulu Terengganu dan Setiu.

"Kerajaan negeri juga melaksanakan projek mengaktifkan semula loji air Sungai Tong 1 dan akan membuka semula loji air Kemudu bagi mengatasi masalah bekalan air di Setiu," ujarnya lagi.

Tambah Dr Mamad, loji air Bukit Bunga Lama juga akan diaktifkan semula bagi menambah kapasiti bekalan air di Besut.

"Ini termasuklah kerja-kerja menaiktaraf sistem agihan dari semasa ke semasa," jelasnya.

 

 


Tag: