• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Laluan Mendap, Jalan Tepus-Kuala Jengai Ditutup

KUALA TERENGGANU, 21 Disember – Jalan Tepus-Kuala Jengai (UiTM Bukit Besi) di Dungun ditutup kepada semua kenderaan akibat keadaan laluan tersebut yang mendap.

Berdasarkan laporan bencana dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia pada pagi ini, kejadian tersebut yang berlaku pada 29 November lalu melibatkan laluan T125 manakala pengguna boleh melalui jalan alternatif di Jalan Baru Besol Lama-Rantau Panjang.

Dalam pada itu, daerah Kemaman melaporkan satu laluan Jalan Cukai-Air Putih (Loji Air Sg. Pinang) dibuka hanya kepada kenderaan berat sahaja susulan kejadian banjir.

“Susulan itu, pengguna jalan raya disarankan menggunakan laluan alternatif di T13 Jalan Paman-Mardi,” katanya.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan laporan bencana membabitkan lokasi jalan raya boleh melayari pautan bencanaalam.jkr.gov.my