• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

Lebih 10 PPS Dibuka, Penduduk Setiu Dinasihati Waspada

SETIU, 26 Februari – Seramai 509 orang penduduk dari 158 keluarga telah terjejas akibat banjir di Parlimen Setiu setakat jam 9 malam tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lebih 10 buah PPS yang telah dibuka sejak semalam. 

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, beliau sejak pagi lagi telah mula melawati PPS di kawasan yang telah dilanda banjir di kawasanya.

“Untuk pagi ini di Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap. Setakat pagi ini, empat PPS telah dibuka dan beliau lawati, iaitu PPS di Pasar Sungai Tong, Balairaya Bukit Nenas, SK Kasar dan sekarang berada di Kg Nyiur, Pelong. 

“Di Kg Nyiur ini melibatkan 11 keluarga dan ada beberapa tempat yang kita mempunyai halangan untuk sampai ke lokasi akibat ada jalan yang terputus, "ujarnya. 

Ujarnya beliau akan turut ke DUN Permaisuri kerana telah dibuka dua PPS iaitu di Padang Serai dan PPS Kampung Besut, Kampung Hulu Seladang. 

“Saya mendapat makluman jalan untuk ke Kampung Besut dan Hulu Seladang juga ditutup buat semua kenderaan.”

Dalam pada itu, beliau juga akan teruskan tinjauanya ke DUN Jabi, berikutan telah dibuka satu PPS di Kampung Bukit Rambutan.

Beliau berpesan kepada semua penduduk yang menghadapi musibah banjir ini agar berwaspada selalu, awasi anak-anak supaya perkara yang tidak diigini berlaku dan patuhi arahan pihak berkuasa.

“Kerana kita tidak mahu perkara yang tidak diigini seperti lemas dan seumpamanya daripada berlaku.

“Kita berdoa pada Allah SWT supaya warga Setiu yang menjadi mangsa banjir diselamatkan dan tidak berlaku kemalangan jiwa.”

Ujar Shaharizukirnain lagi, beliau akan menyambung lawatan pada hari esok dengan melawat beberapa PPS lagi di DUN Langkap dan DUN-DUN lain termasuk mangsa angin kencang di Batu Rakit untuk menyantuni kesemua mereka. 


Tag: