Raja Muda Kurnia Bintang, Pingat Pergerakan Pengakap Kepada 179 Penerima
Lebih 1,000 Penduduk Dua Kampung Di Setiu Nikmati Liputan 4G
KUALA TERENGGANU, 12 Julai - Lebih 1,000 penduduk di Kampung Rhu Sepuluh dan Kampung Kuala Kubang di Setiu kini boleh menikmati jaringan telekomunikas 4G yang lebih baik selepas dua menara komunikasi baharu dibina pada Jun lalu.
Program di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu pastinya cukup bermanfaat kepada golongan pelajar yang kini sedang mengikuti Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).
Menurut sumber MCMC berkata, pembinaan menara baharu dengan liputan 4G itu turut memberi manfaat dan impak positif kepada Pantai Penarik yang menjadi antara lokasi pelancongan utama di Setiu.
"Penambahbaikan liputan 4G di bawah inisiatif JENDELA yang dikawal selia MCMC dalam kawasan Parlimen Setiu dilaksanakan secara berterusan dengan 15 menara baharu lagi diluluskan dan dijangka siap beroperasi secara berperingkat bermula suku kedua tahun 2022.
"Kerja naik taraf liputan kepada 4G di 78 menara sedia ada sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap beroperasi secara berperingkat bermula Ogos ini sehingga Mac tahun depan," katanya dalam kenyataan hari ini.