• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Lebih 1,400 Wanita Sertai Khatam Al-Quran

KUALA TERENGGANU, 31 Julai – Seramai lebih 1,400 peserta tadarus dari kalangan wanita anjuran Pertubuhan Sahabat Al-Quran Negeri Terengganu dalam Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran di Masjid kristal, di sini hari ini.

Acara tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Mohd Noor dan turut dihadiri oleh peserta dari segenap negara terutamanya semenanjung Malaysia.

Zuraida ketika dalam ucapan perasmian menzahirkan penghargaan buat Pertubuhan Sahabat Al-Quran kerana menyuburkan komuniti Terengganu dengan usaha mencintai kitab suci umat Islam. 

“Kepimpinan kerajaan negeri menggalas satu tanggungjawab yang besar dalam mencapai agenda bagi membina pemerintahan dan masyarakat ke arah mencapai reda Allah.

“Pastinya hasrat ini perlu bermula dari sekecil institusi keluarga dalam mengamalkan segala yang terkandung dalam Al-Quran,” katanya.

Beliau turut berkata, Muslim yang beramal dengan Al-Quran mampu mencegah kebejatan sosial dan moral yang berleluasa kini. 

“Program seumpama ini sangat baik dijadikan aktiviti tahunan di Terengganu dan kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan semua pihak bagi menyuburkan negeri ini seiring slogan Maju, Berkat, Sejahtera. 

Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi Pertubuhan Sahabat Al-Quran Terengganu, Ahmad Zaidi Mustafa.

 


Tag: