• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

Lebih 150 Orang Sertai Jejak Pejuang Siri Ke-3


Oleh: Shahril Aswad

HULU TERENGGANU- Lebih 150 orang menyertai program Jejak Pejuang Siri Ke-3 yang diadakan di Makam Syeikh Shariff Muhammad Al-Baghdadi di Kampung Jenagor.

Pengawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Mohd Safari Abu berkata, program tersebut bertujuan membangkitkan kesedaran masyarakat Islam tentang pentingnya perjuangan para ulama dan pahlawan Melayu pada zaman dahulu dalam menyebarkan agama Islam di Tanah Melayu hingga terpeliharanya Islam sehingga kini.

"Program jejak pejuang kali ini membawa peserta menziarahi Makam Syeikh Shariff Al-Baghdadi seorang ulama yang dikatakan antara orang yang mula-mula menyebarkan Islam di Tanah Melayu.

“Pengisian program ini turut memberi fokus kepada kesedaran tentang kepentingan sejarah Islam khususnya di Hulu Terengganu dan banyak sebenarnya 'tanda' sejarah tokoh-tokoh Islam yang terdapat di daerah ini,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Program Jejak Pejuang Siri Ke-3 yang diadakan di Makam Syeikh Shariff Muhammad Al-Baghdadi di Kampung Jenagor (14 Oktober)

Katanya, sempena program tersebut turut diadakan forum khas tentang kegemilangan Islam di Hulu Terengganu yang menampilkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Ustaz Wan Sukairi Abdullahdan pakar motivasi Ustaz Hagia Sofia Mohd.

Beliau juga berharap program berkenaan dapat membangkitkan semangat Islam dalam kalangan penduduk dan diteruskan pada masa akan datang.

Menurut beliau, program itu merupakan anjuran bersama beberapa agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Sahabat Cakna Masyarakat (SCM), PAS Hulu Terengganu,  Advance Team (PAHAT), IMAN care dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Telemong sendiri.




Tag: