• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

Lebih 15,000 Hadir Rumah Terbuka MB Terengganu

KUALA TERENGGANU, 22 April - Lebih 15,000 rakyat negeri ini hadir memeriahkan rumah terbuka Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kediaman Seri Iman, di sini, hari ini.

Majlis bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang itu bukan sahaja dihadiri kalangan rakyat beragama Islam malah turut dimeriahkan dengan kehadiran komuniti bukan Islam untuk beramah mesra serta berswafoto dengan Ahmad Samsuri dan isterinya Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman.

Paling ceria dan gembira adalah kalangan kanak-kanak yang menerima duit raya daripada pemimpin nombor satu negeri Terengganu itu.

Sepanjang majlis diadakan tiada riak keletihan dipamerkan Ahmad Samsuri, beliau melayani semua tetamu daripada pelbagai golongan dan usia sepanjang majlis diadakan.

Pelbagai juadah dan hidangan telah disediakan seperti laksa, sate, nasi dagang, nasi minyak, kambing bakar, Ketupat redang, nasi kampit dan pelbagai lagi juadah yang disediakan melebihi 200 hidangan.

 


Tag: