• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Lebih 20 Ribu Pekerjaan Di Terengganu Dalam Tempoh 3 Tahun

Janji PAS Terengganu adalah untuk menyediakan sebanyak 20,000 peluang pekerjaan dalam tempoh empat hingga lima tahun pentadbiran. 

Sasaran ini adalah ‘achievable’ jika dapat dipastikan sejumlah antara 4,000 hingga 5,000 peluang pekerjaan wujud setiap tahun di negeri ini dalam sektor kerajaan dan swasta.

Alhamdulillah, berdasarkan data THRDC yang dikongsikan daripada JTK dan PERKESO, sebanyak 10,122 penempatan pekerjaan telah dibuat di negeri ini pada 2019, 3,487 pada 2020 dan 8,368 sehingga Oktober 2021 menjadikan jumlahnya sebanyak 21,977 pekerjaan.

Lebih daripada itu, sehingga 10 Disember 2021 lalu, masih terdapat 8,917 kekosongan jawatan aktif di Terengganu yang boleh diisi oleh rakyat di negeri ini. 

Ini bermaksud, secara purata kasarnya, terdapat lebih 10 ribu peluang pekerjaan setahun yang tersedia dalam pasaran buruh di negeri ini dalam tempoh tiga tahun ini. 

Ini semua adalah hasil usaha yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak di dalam dan luar kerajaan. Terima kasih saya ucapkan. 

Saya fikir data ini pun sudah memadai untuk menjawab tohmahan liar sesetengah pihak yang berterusan mahu memburukkan Kerajaan Negeri Terengganu.

Tapi, kenapa masih ramai yang mengadu tidak ada kerja? 

Insya-Allah saya akan bincangkannya dalam hantaran seterusnya disamping menjelaskan apa usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

YB Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman,
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu.


Tag: