• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Lebih 300 Kg Sampah Dikutip Di Pantai Batu Buruk

KUALA TERENGGANU, 25 September- Sekitar lebih 300 kilogram sampah dikutip di pantai Batu Buruk sempena 'Beach Plogging Program' yang disertai 74 orang sukarelawan. 

Ketua Bahagian Geng Plastik Ija Kuala Terengganu, Dr. Mohd Arif Hafizi Fauzi berkata, program bersama Primula Beach Hotel (PBH) itu telah berjaya mengumpulkan sebanyak 80 beg plastik sampah yang dikutip sepanjang pantai Batu Buruk.

"Program hari ini dengan penglibatan ahli-ahli GPI Kerteh dah kakitangan PBH dengan seramai 20 orang dan selepas ini harap sangat selepas ini tiada lagi sampah di pantai ini," ujarnya kepada pemberita. 

Sementara itu Pengurus Besar PBH, Suaibah  Harun melahirkan penghargaan kepada GPI yang mengambil inisiatif untuk membersihkan pantai Batu Buruk berada di belakang hotel tersebut. 

"Buat pertama kalinya kami berkolaborasi dengan GPI dan ini amat patut dipuji memandangkan pantai ini adalah satu 'spot' pelancong ke Negeri Terengganu  sudah tentu sentiasa bersih dan sedap mata memandang," katanya.


Tag: