• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Lebih 300 Ribu Pokok Berjaya Ditanam Di Terengganu Tahun 2021

BESUT, 31 Mac –  Terengganu melalui Jabatan Perhutanan Negeri berjaya menanam  322,032 pokok melebihi sasaran awal  iaitu sebanyak 250,000 pokok pada tahun 2021.

Menteri Besar, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pencapaian itu merupakan kejayaan semua pihak terlibat bagi menjalankan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan hutan di negeri ini.

“Ini termasuk lebih 5,000 pokok pelbagai spesies telah ditanam di Taman Rimba Ilmu Tanah Bris (TRIBe), UniSZA Kampus Besut oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dengan kerjasama kakitangan dan mahasiswa UniSZA,”ujarnya .

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2022 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman di UniSZA, Kampus Besut di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, kerajaan negeri juga akan terus memberi komitmen untuk mengekalkan kawasan berhutan melebihi 50 peratus daripada keluasan tanah di Negeri Terengganu selaras dengan Deklarasi Rio de Jeneiro pada tahun 1992