• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Lebih 400 Hadir Temuduga Karnival Pemadanan Kerjaya

DUNGUN, 21 Mac- Kira-kira 480 orang menghadiri temuduga di Karnival Pemadanan Kerjaya yang menyediakan 500 peluang kerja yang ditawarkan 10 buah syarikat. 

Jurucakap Unit Komunikasi Korporat, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) berkata, ianya terdiri daripada kalangan pelajar semester lima pusat pengajian itu, alumni PSMZA dan orang ramai yang datang dari seluruh Negeri Terengganu.

"Sebanyak 10 syarikat telah membuka kaunter untuk temuduga secara terbuka yang menawarkan lebih 500 peluang pekerjaan. 

" Antara syarikat yang terlibat ialah SRC Global Resources, TMM Engineering Services, HI-Freeze, Seri Dinamik Enginering, Lezzeti Empire, HRSB Engineering & Construction, Bank Simpanan Nasional, China Communication Construction (ECRL), AMJ Technique dan SIG Tech, daripada 480 orang calon, sembilan orang telah berjaya dan 232 orang lagi berjaya dalam simpanan, " jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Program yang berlangsung di Dewan Dagang, PSMZA merupakan anjuran PSMZA bersama PERKESO dan SRC, diadakan selama sehari pada 20 Mac, bermula 8 pagi hingga 4.30 petang. 

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah PSMZA. Zamra Derahman dan hadir sama Pengurus PERKESO Dungun, Mohd Sabri Ramli, dan CEO SRC Group, Dato' Norhisham Mohd Arifin.

Di dalam ucapannya Zamra merakamkan ucapan terima kasih kepada majikan dari pelbagai industri yang membuka tapak pameran juga menawarkan sesi temu duga secara bersemuka. 

"Besar harapan saya, kolaborasi seperti ini tidak hanya terhenti disini tetapi dapat diteruskan lagi pada masa- masa akan datang. 

" Ini kerana, kita sedia maklum peluang sebegini sememangnya amat ditunggu-tunggu para graduan khususnya yang masih lagi belum mendapatkan peluang 
pekerjaan," katanya. 


Tag: